Sunday, September 26, 2010

~Jom Jalan-Jalan Semporna Part 2~

~salam~

Selepas puas mencuci mata di Floating..Kami pun beredar mencari makan di Kg Tampi-Tampi..
Kat sini merupakan tempat makan yang popular bak kata abang aku la..Aku tak kisah...janji dapat makan cukup..hehe


Restoran Terapung Tampi-Tampi.



di sini..selain daripada makan..aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah..
1)memancing ikan...(sila bawak peralatan sendiri ok..hehe)
2) Bermandi-manda bersama seisi keluarga di kawasan yang agak cetek..
3) terjun tiruk bagi sesiapa yang berani mati sikit..hehe..

pic ala2 pusat kawalan dan pelantar di atas adalah tempat untuk memancing dan terjun style ikut suka hati korang la..huhu...ada gak la beberapa mamat yang agak2 dah puas hidup terjun dari pelantar yang paling atas sekali...jangan risau mereka masih hidup lagi...menurut pengalaman abang aku..laut kat situ memang dalam..terjun je la...sure korang takkan jejak kat dasar laut...jadi sebarang kecederaan adalah minimun...tapi kemungkinan untuk lemas tu ada...jadi bagi korang yang agak2 tak cukup lagi ilmu berenang ni...korang duduk je la diam2 tunggu makanan siap macam aku...hehe
'
'
'
'
'
'
'
'
'
makanan dah siap
sila makan (",)








makan+sedap=kenyang.


P/s: jutaan penghargaan buat abang aku yang sudi menaja pakej pelancongan kami selama sehari ni..arigatou ne onii-chan...hontouni ureshii..

~end~



Saturday, September 25, 2010

~Jom Jalan-Jalan Semporna Part 1~

~Salam~

Entry ini mengajak anda datang melancong ke Sabah.
Sabah adalah negeri kedua terbesar selepas Sarawak yang agak luas dan merupakan destinasi yang menarik untuk dilawati..(promot dengen sangat semangat...hehe)..Walaubagaimapun disebabkan Sabah itu luas jangan salahkan aku kalu kamu tanya certain termpat kat Sabah ni..dan aku akan buat2 muka blur tak tahu..hahaha..
baru perasan yang aku sendiri pun kira2 baru 50% kawasan Sabah yang dilawati..

Cuti hari raya  yang agak panjang memberi aku peluang melawat Semporna.

Selamat Datang ke Floating...
lokasi tempat ini berdekatan dengan pasar di Pekan Semporna...
dikenali oleh penduduk setempat sebagai Floating..kenapa?..mudah saja sebab tempat ni terapung di atas air..hehe

kan terapung tu...hehe..

aku sanagt suka pic ni...cantik sangat...cantik tak?..huhu

aktiviti yang boleh dilakukan di sini...
1) mencuci mata melihat keindahan alam...

2) melihat ikan-ikan yang berenang-renang ketepian di sini...(amaran: ikan2 tersebut bukan untuk dipancing dan dijadikan santapan ikan bakar para pengunjung.
ikan2 tersebut dipelihara dalam sangkar dan makanan ikan2 ini adalah ikan2 yang bersaiz kecil..ikan makan ikan...huhu
dalam pic mungkin ikan ini kelihatan kecil namun hakikatnya ikan2 ni sangat besar dan gemuk.nak makan pun takot..hehe

3) menginap di sini..
ni untuk para pelancong yang datang dari jauh..
yang dekat pun boleh menginap gak..x da siapa yang larang..janji ko bayar kos penginapan.Cukup.
aku tak menginap kat sini...apakah ertinya untuk aku menginap di sini kalu perjalanan dari Tawau ke Semporna ni dalam 2 jam saja..lebih baik balik rumah tido diam-diam..

menginap la di Dragon Inn..
tido la dengan selamat sebab aku jamin dan pasti tiada naga yang dipelihara disini.

P/s: sila tunggu part 2...kali ni aku crita pasal mencuci mata...part dua nant kita cuci perut plak..huhu

~end~


Friday, September 24, 2010

~Pengunjung Bertuah Ke-10000~



~salam~

ok contest ni dianjurkan oleh cKyN WaN
syarat senang ja..jadi pengunjung ke 10000 dan bagi bukti seperti dalam picture..
aku pun dengan gigihnya nak jadi pengunjung ke 10000 tersebut..
picture tu bukti yang aku sertakan..


P/S : aku dikira menang ke contest ni?...hehe..harap2 menang la..


~salam~

Tuesday, September 21, 2010

~Aku Beraya Bersama Orang Jepun~

Anime-chan


~salam~
~konnichiwa minna-san~


Berbalik kepada tajuk entry....dipendekkan cerita... nursing student daripada Sapporo City University untuk program student exchange telah berbesar hati melawat kami di sini..(aku antara yang sangat hyperexcited menunggu ketibaan gadis-gadis bumi sakura ni...hehe.)

antara motif utama lawatan diorang ni untuk mendalami budaya orang malaysia disamping memperkenalkan budaya mereka jugak...

diorang sangat comel pakai Yukata..aku ingat nak mintak diorang poskan Yukata sepasang buat aku bila diorang balik jepun nanti..bleh tak?...huhu...
OKAKI..
diterbangkan khas dari jepun
close up okaki tersebut...bila aku belek belek benda ni..macam pernah aku lihat biskut ini? tapi dimana ya?.huhu..ok...biskut ni sama ja dengan biskut beras tapi bezanya adalah made in japan..hehe

gadis pink..(asyik sangat bergambar lupa nama..hehe), cik iza, chikako-chan

....kawaii desu ne...

anime-chan
..sila jgn tertipu dengan nama tersebut..aku yang suka2 hati bagi dia nama tu sebab muka dia mengingatkan aku pada watak2 anime jepun.
sayaka-chan dan aku-chan..hehe

video
nyanyian lagu jepun..maaf sebab aku tak tau tajuk lagu tersebut sebab sibuk sangat nak rakam video.hehe


video

bila orang jepun menari joget..layankan..hehe

P/s: sila ambil tahu bahawa tuan tanah blog ini adalah japanese freak..hehe
Trima kasih kepada abang cik iza untuk baju melayu dan cik syidah untuk kain pelekat tersebut
Sila abaikan aku dan baju melayu tersebut..orang lain lawa je berbaju kurung..aku berbaju melayu dengan sangat tidak macho di situ..huhu..takpe2..demi menjayakan zapin yang tak seberapa nak zapin dari kami..huhu..

~end~





Sunday, September 19, 2010

~Konvoi Beraya Terbesar~

~Salam~

salam aidilfitri untuk semua..masih belum terlambat kan ucapan aku ni...hehe..
setelah seminggu bercuti di kampung dan setelah kembalinya aku ke pusat ilmu ini kembali..barulah aku berkesempatan mengupdate blog ini..hehe..sila ambil tahu bahawa berukband di rumah sangat la slow dan menguji kesabaran..

berbalik kepada tajuk entry "Konvoi Beraya Terbesar"...konvoi beraya tersebut tidak la sebesar manapun..tapi bagi aku yang jarang2 join konvoi beraya macam ni..kira satu pencapaian yang agak membanggakan...hehe..tahun ni buat pertama kalinya kami berkumpul buat julung2 kalinya..

konvoi disertai : 7 orang kaum hawa dan 6 orang kaum adam...
kawasan jajahan : sekitar Kg Pasir Putih Asli, Kampung Baru, Kg Pasir Putih-Block A & B, Kampung Pisang (bukan tempat penggambaran Crita Zombi KG Pisang ok!..hehe)dan Tanjung Batu.

~cik efa, cik elna, aku, cik misa, cik melah, cik anik, cik ucie~
~en.Nasri, en.Jona, en.Endy, en.Sani, en. Ridwan~
en.jumaidi & encik2 yang lain.          





 P/s: sila abaikan pic yg agak gelap..


~end~


 


 

Wednesday, September 8, 2010

~Live From LCCT~

~Salam~

Lokasi: LCCT
Cuaca : Keadaan di luar kelihatan mendung beserta dengan hujan
Masa : 5.34 PM...lebih kurang sejam dari masa penerbangan aku pada 6.25 PM


keadaan cuaca yang mendung dan nyaman serta berhujan ini sangat memberi keselesaan kepada sesiapa yang berpuasa..akan tetapi kepada sesiapa yang bakal pulang ke kampung menggunakan pengangkutan udara
cuaca sebegini mungkin boleh melambatkan proses pulang ke kampung..hehe..ok..
dilaporkan disini flight aku yang pada mulanya dijadualkan pada 6.00 PM telah ditunda 25 minit lewat...
aku tabahkan ja la...harap2 tiada penundaan lagi....harap cuaca akan kembali tenang.....
biar lambat sampai ke destinasi...janji sampai dengan selamat...

siaran langsung ini dibawakan oleh akulife dari balai berlepas LCCT
internet ditaja oleh : FREE_WIFI@KLIA


~end~

Tuesday, September 7, 2010

~Berbuka Puasa Di Atas Awan~


~salam~

selamat menyempurnakan ibadah puasa yang ke-28 untuk semua...sedar tak sedar kita da sampai ke penghujung Ramadhan...mesti da ramai yang balik kampung kan...selamat berbahagia bersama keluarga masing-masing..aku pun tak sabar jugak nak balik kampung ni..tapi takpa..tinggal malam ni je kelas pastu esok dah boleh balik...hontoni ureshii...(",)

bercerita mengenai perjalanan balik kampung aku kali ini agak berlainan dari yang sebelumnya...
selalunya aku akan balik ke Sabah dari Kuala Lumpur menggunakan penerbangan di waktu pagi..kesimpulannya aku akan  bersahur lewat di sini dan berbuka lebih awal di Sabah...
tapi kali ni flight petang la pulak....


apa yang menjadi keraguan aku disini...waktu berbuka nak ikut waktu Kuala Lumpur atau Sabah..tak pernah terfikir plak aku akan berbuka di atas awan ...hehe

seperti biasa..aku akan menggunakan encik google untuk merungkai keraguan aku...


MASALAH BERBUKA PUASA DI TEMPAT YANG TINGGI



Huraian Tajuk/Isu: 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah menerima pertanyaan berkenaan dengan masalah berbuka puasa di tempat yang tinggi.
Keputusan: 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah membincangkan permasalahan ini dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam dan mengambil keputusannya seperti berikut :
"Bahawa seseorang yang berpuasa itu apabila ia berbuka mestilah terbenamnya matahari. "
Keterangan/Hujah: 
Firman Allah :
Dari ayat ini jelaslah bahawa setiap orang yang berpuasa itu apabila ia berbuka mestilah yakin tenggelamnya matahari di tempat di mana ia berada samada di atas (dalam penerbangan atau lainnya) atau di bawah (di bumi).
Sumber Dari...
Kesimpulannya
~ waktu berbuka puasa adalah ketika jatuhnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan , iaitu waktunya tidak boleh mengikut negara yang kita bertolak daripadanya dan juga tidak boleh mengikut negara yang ditujukannya dan juga negara yang ia berada atasnya. Akan tetapi waktunya ialah ketika hilangnya matahari daripada penglihatan mata~

  sumber dari..

jelas bukan?..pasni tak yah nak pening2 pikir nak buka ikut waktu apa..hehe..dengan erti kata lain aku akan berbuka mengikut waktu di atas awan...



P/S:
  • Pada pendapat korang..agak-agak Airasia ada tak bagi kurma tak pun minuman percuma ka sempena bulan puasa ni.?...hehe..
  •  Doakan perjalanan aku pulang ke kampung lancar dan selamat..

~end~








~Award Raya La Pulak~



~salam~

aku dengan rasa gembiranya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kat Pucheh@Angin Malam sebab sudi bagi Award Aidilfitri kat aku..x sangka award raya pun ada jugak..hehe..aku trima je la dgn redhanya..wahai encik Pucheh..award raya da bagi...duit raya bila plak?..hehe...

ok....raya tahun ni insyaAllah aku tidak akan bersedih hati lagi beraya di perantauan...yuhuu..dapat gak balik kg tahun ni..sungguh gumbira rasa di hati...tapi dalam happy2 ni..pening gak kpala aku memikirkan assignment yang setia menemani aku...nampaknya tahun ni kena la beraya bersama  assignment aku yang tercinta...

award ini disertakan skali dengan beberapa soalan yg sungguh la cepu emas..emas pun tak cepu macam soalan ni..hehe...so..silakan jawab wahai aku...


Puasa penuh tak taun nie?
sgt tidak penuh...

Kalo saya mintak maaf, awak sudi maafkan??
aku maafkan..tapi masalahnya jumpa pun tak pernah..nak maafkan apa plak...hehe...

Kampung kat mana?
Sabah di bawah bayu....

Awak rasa blog saya ni comel tak? kasi sebab sikit.
blog awak kemas....

Awak nak tag org, tag aje laa T____T
tak nak tag bleh?..hehe
siapa2 yg sudi terima award ni..silakan...


P/s: 2 hari lagi sebelum balik sabah...wah..x sabar...hehe..

....Tawau tunggu aku pulang....
~end~


Tuesday, August 31, 2010

~Puding Roti Kukus Merdeka~

~salam~
salam kemerdekaan pada semua...diharap di hari kemerdakaan ni kita semua bahagia la hendaknya...apa yg korang buat sempena hari merdaka ni?..tak kisah la aktiviti apa yg dilakukan tapi semangat kemerdekaan tu mesti ada..ok!..hehe...
dikesempatan cuti sempena hari merdeka ni..aku dengan berbesar hatinya ingin memerdekakan perut aku yang dah lama mengidam puding roti...

kisahnya bermula disini...sedang aku,cik iza dan kak lela sibuk menyiapkan kerja research...tiba2 perut aku pun bermonolog.."sedap jugak kalu berbuka dengan puding roti hari ni...hehe"..sambil terbayang2 kesedapan puding roti tersebut...hehe...menurut sumber2 yang boleh dipercayai...puting roti ni senang ja nak buat..aku dan cik iza dengan gigihnya mengoogle resepi puding roti tersebut..
 google punya google..banyak jugak resepi yang kami temui..ada yg dikukus dan ada yg dibakar...kami decide buat yang kukus ja..nak buat yang bakar tapi tak ada microwave plak...setelah ditambah tolak bahagi dan darab semua resepi yg ditemui...kami pun menghasilkan resepi puding roti kukus kami yang tersendiri mengikut kehendak dan kesesuaian kami...


rupa bentuk sebelum dikukus


selepas dikukus..terdapat sedikit pengembangan dikesan..

Bahan-bahan
  • Roti 6-7 keping (kami guna Gardenia.)
  • Telur-2 biji
  • Gula- 4 sudu (boleh la di ubah mengikut kesukaan masing2..tp diingatkan kurangkan gula dalam makanan..tambahkan manis dalan senyuman..hehe)
  • Mentega- 1 sudu ( yg ni bukan syarat wajib..sebab ada resepi yg tak tambah mentega pun..kami saja2 nak tambah..hehe)
  • Asen Vanila-1 sudu
  • Tepung Jagung- 1 sudu ( ada resepi yg menggunakan tepung kastard..tp memandangkan di rumah cik iza ada tepung jagung ja..kami redhakan ja la..
  • Susu cair- 1/2 tin (boleh juga diubah suai menggunakan susu segar)
  • Kismis ataupun kurma sebagai hiasan
Cara membuatnya..
  • Roti dicarik dan disusun ke dalam loyang..susun roti rapat-rapat memenuhi ruang dan bolehla ditaburkan kismis atau potongan kurma diantara lapisan roti..
  • Adunkan gula dan mentega hingga sebati..
  • Masukkan telur dan kacau lagi sehingga sekata...
  • Masukkan asen vanila dan tepung jagung..
  • Akhir sekali masukkan susu cair dan kacau hingga sebati..
  • Tuang adunan di atas kedalam loyang berisi roti dan pastikan meresap ke seluruh bahagian roti..
  • kukus dalam 30 minit...siap..sejukkan dan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk..bila da sejuk..buka peti sejuk..keluarkan..dan makan..hehe

mudah bukan?..menurut kajian yang aku buat..5 daripada responden mengundi SEDAP termasuk aku..hehe..jadi terbukti la bahawa puding roti ini significant sedap..

P/S: puding roti di atas dibuat oleh rakyat biasa yang tidak ditauliahkan pangkat chef ternama..tetapi hanya pangkat pelajar undegraduate sahaja..sebarang kecederaan ataupun kerugian yang ditanggung semasa membuat puding roti di atas adalah di luar bidang kuasa kami..namun ditegaskan setakat ini..tiada saman mahupun aduan dilaporkan terhadap kami..kesimpulannya..Puding Roti Kukus Merdeka ini sedap dan selamat dimakan...

~end~

Wednesday, August 25, 2010

~Aku Dapat Award Lagi~

~salam~

Direct to the point..semalam aku dengan berbesar hatinya telah mendapat award daripada cik Lylo.
sangat berterima kasih kerana sudi bagi award kat blog aku yg serba biasa dan sedernaha ni...aku pun tak tau apa kriteria yg melayakkan aku dapat award ni..apa2pun sekali lagi arigato gozaimasu cik lylo...jasamu dikenang..hehe



~friendly blogger award untukku~
.......ureshii.....

dengan ini aku pun dengan berbesar hatinya ingan memberikan award ini kepada blogger yang friendly..ok..penerima award ini adalah....

~cik kumbang (blog dia sgt comel )~
~ encik sudir (merangkap jiran kg sebelah)~
~balqis ( blog juga sgt comei dan mesra penonton..hehe)~

~end~










Friday, August 20, 2010

~I'm Old Enough!...TV show Jepun yang comel..(",)~

~salam~

selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat di luar sana....kali ni aku nak share ckit pasal satu tv show yg sangat menarik perhatianku...mungkin ada yg tau dan yg tak tahu...Im Old Enough setiap hari ahad pukul 6 petang di TV3...apa yg menarik dlm rancangn ni tentunya sebab kanak2 jepun yg sangat comel..Dalam show ni parents kanak2 yg berkenaan dah plan dengan pihak produksi tuk merakam anak2 diorang secara rahsia masa kanak2 ni mejalankan task yang diberikan oleh parents diorang...aku sgt kagum bila budak2 yg comel lagi kecik ni pandai sgt bawak diri dan dapat buat semua apa yang parents diorang arahkan...tp for sure la ada ckit2 yg diorang terlepas pandang dan tak dapat nak buat kan..hehe..(mereka dimaafkan sbb kanak2 lagi..dan sebab diorang sangat comel..hehe)...hehe..ok..ditegaskan di sini..aku memang bias ckit kalu dlm hal-hal kejepunan ni..

disebabkan rancangan yg sgt comel ni setiap hari ahad ja..aku dah siap2 duduk depan tv nak menonton show ni..kira dah masuk dalam list harus ditonton tak bleh terlepas..hehe..dah byk siri jugak yg aku dah tengok..tp last week disebabkan ada hal yg lebih penting aku terlepas nak menonton show ni....aku tak la kecewa sgt pun tp aku lagi kecewa sbb menurut dr sumber yg boleh dipercayai...hehe..ok maklumat dari kawan aku yg sama2 terpikat ngan show ni..last week dia punya la frust sebab tunggu punya tunggu show ni tak main la plak..huhu..mangapa ka?...ada sesiapa tau tak?..

disebabkan keraguan ni..aku google la ckit show ni..mana la tahu ada website yang membolehkan aku menonton show ni secara online..

hasilnya.........aku tak jumpa apa2 pun...just dpt maklumat tentang show ni yang merupakan show terbitan Nippon Television Network (NTV)....huhu...mungkin aku harus redha ja..sbb mengikut pengetahuan aku...show2 yg diterbitkan di Jepun susah ckit kalu nak jumpa diupload kat website..diorang sgt2 menjaga hak cipta terpelihara....

kalu tak silap..budak pempuan kat atas ni kena suruh beli tauhu....cian sgt sbb dia bli lebih dari apa yg disuruh...akibatnya.....dia sendiri pun tak larat nak angkat..adik lelaki dia plak tengok ja tak dapat nak bantu...tp dia still bagi sokongan padu dekat akak dia....kecian tapi still comel gak..hehe


.................kawaii...............


p/s : sesiapa yg tahu sumber2 atau pun website2 yg berkaitan ngan show ni..sila la inform k..hehe..


~end~

Saturday, August 14, 2010

~aku dapat Award~

~salam~
selamat berpuasa kepada semua rakan2 blogger..hari ni tiba2 dpt award dr Encik Sudir...arigatou gozaimasu..hehe..x sangka dapat award ni..terharu sekejap..haha..bgs ko ni encik sudir sudi bg aku jiran sebelah kampung ngan ko..huhu..


Bagi siapa sahaja yang menerima award ni , diharuskan memberikan/tag kepada lima orang lagi
*Selepas itu , si penerima award harus meletakkan link-link berikut di blog/artikel masing-masing (kat entri tau)
3. Gee

*Sebelum kamurang letak link-link di atas , padamkan dulu link yang berada di no 1 . kemudian semua link yang tinggal dinaikkan 1 level seperti link no 2 menjadi no 1 , link no 3 menjadi no 2 dan seterusnya . Selepas itu , masukkan link kamu sendiri di bahagian paling bawah sekali iaitu no 5 . ok ? paham tak . Tapi korang semua kena jujur dan adil ye dalam menjalankannya . Jika setiap penerima award mampu memberikan award ini kepada 5 orang dan kesemua mereka yang ditag meletakkan link dengan betul , maka jumlah backlink yang dia akan dapat ialah :-
Posisi 5 : jumlah backlink = 5

Posisi 4 : jumlah backlink = 25

Posisi 3 : jumlah backlink = 125

Posisi 2 : jumlah backlink = 625

Posisi 1 : jumlah backlink = 3,125

Menurut info dari SEO ( Search Engine Optimation ) ramai blogger telah mendapatkan 1,953 ,125 backlink dan keuntungannya . Blog korang akan mendapatkan trafik tambahan, apalagi jika ada yang meng'klik' link ke blog korang .
Selain mengeratkan persahabatan antara blogger , award ini boleh membantu untuk menaikkan trafik dan backlink ke blog korang .
[Kesimpulannya : award - dapat ramai kawan - backlink - trafik - page rank meningkat]


lima org bertuah yg bakal mendapat award ini adalah....


1)Pencari Cinta
2)EnchekTola
3)Putri
4)Edoss
5)Teh Ramuan

harap penerima award..dapat trima award ini seadanya..ini je la yg mampu aku bg kat korang..
hehe..nak bg duit raya...x bleh plak...aku x kerja lg la..(pelajar di perantauan ni..hehe)

~end~

Friday, August 13, 2010

InsyaAllah....




Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Saturday, August 7, 2010

~taman negara~

~salam~

minna-san konnichiwa....
berbalik kepada entry yg lepas..aku sekarng dlm mood yg sgt semangat tuk mengupdate blog...
so, dlm entry ni aku nak story ckit aktiviti lawatan ke taman negara Pahang pada 2-4 ogos yg lepas.
motif utama kami ke sana pastinya bukan sekadar untuk bersiar2 mahupun menghabiskan duit yg smemangnya tengah ciput..hehe...dibawah modul medical sociology kami ditugaskan tuk membuat KAJIAN KILAT (bak kata Proof Hood) ke atas org asli Kaum BateK di taman negara ni...secara ringkasnya nak mengkaji serba sedikit cara hidup kaum org asli ni..



~hari pertama~
kami tiba di taman negara tu kalu x silap dlm kul 1pm..dlm keadaan yg panas terik kami dgn smengat kesukanan mengangkut semua brg2 keprluan..berat mata yg memandang berat lg tangan kami yg mengangkat....hehe...


sampai ke tempat penginapan...
kami memilih liana hostel sbangai tempat berteduh sepanjang berada di sini...cost penginapan di sini agak berpatutan..pakej RM 10 seorg +kipas or RM 15 seorg+aircond...(aku da kira promot liana hostel kat sini..bleh dapat royalti tak?..hehe)..kami semua sepakat memilih pakej kipas diatas yg murah dan mesra alam tanpa CFC...hehe..


aktiviti pertama petang tu agak santai dan jimat...manaiki bot ke seberang sungai tuk menonton tayangan video taman negara....first time naik bot kat sini..aku suka.....hehe

dah ckp pun seberang sungai...so sg la dekat dan x sampai lima minit dlm bot tu..dah sampai.
dkt jeti...




da abis aktiviti petang tu..kami pun menunggu bot tuk pulang ke seberang sg....


~hari Kedua~
hari yg ditunggu2 telah tiba...awl pg lagi kami da bertolak ke perkampungan org asli..
pic di bawah adalah perkampungan org asli yg tidak kami lawati...kami nak g yg lebih jauh lagi...hehe.


kira2 dlm ke 20 ke 30 mint perjalanan meggunakan bot ...
Subhanallah indahnya ciptaan tuhan...udara yg segar..sungai yg jernih..hutan yg menghijau..
meh datang sini kalu nak rasai sendiri alam yg tidak tercemar ni...



first impression bila sampai dkt kg ni...ok...seperti yg dijangka...
kaum batek dkt kampung ni tak la ramai sgt...yg penting diorang tahu berbahasa melayu..selain drpd bahasa kaum batek sendiri..mungkin disebabkan org asli disini dah jadi sebahagian drpada aktiviti pelancongan di taman negara ni..diorang tak la rasa asing sgt dgn kunjungan kami..kaum lelaki sgt memberi kerjsama yg baik..senang je nak interview...tp kaum perempuan pemalu ckit.(ckit ker byk?..byk kot..)...jgn ckp nak interview..kami datang dekat ckit pun diorang da lari bersembunyi..hehe..so, at the end semua yg kami interviw hanyala kaum lelaki sahaja...putus asa da nak main kejar2 ngan kaum pempuan..hehe..

selain drpd org asli..kami terjumpa burung asli kat sini(tak tau apa nama burung ni..hehe..)
burung hijau comei dan kecik ni duk diam jer kat dpn pondok umah org asli ni..mayb dia tak sihat kot...cian kat dia...cepat chat k...

meh2....pilih sumpit yg anda berkenan di hati..hehe..murah jer..
dijamin sumpitan anda akan tepat pada sasaran..

demonstrasi menghasilkan api....

masa belajar menyumpit...

group photo with orang asli..
seperti yg dilihat org asli lelaki je yg ada..pempuan semua hilang pg main sorok2..hehe.

aku, jatang, cik iza, bim

(pic di atas diambil waktu pagi dan yg kat bawah ni waktu petang..yg paling tak ble terima..kami tak perasan pun budak yg tak pakai bj kat atas tu sama ngan jatang yg pakai bj oren kat bawah ni..masa balik Kl baru prasan..hehe)

~jatang,maan,bim~

~hari ketiga~

last day..aktiviti agak mencabar stamina ckit..hehe..
jungle tracking....tp seronok sgt...rasa penat tp badan rasa chat dan kuat..hehe

aktiviti yg dinant2kan...canopy walk..
bg yg tak gayat rasa ok jer jalan kat jambatan gantung ni..gegar ckit jer..hehe..
tp jgn risau keselamat anda terjamin..hehe
tips dia kena catwalk jgn berlari plak..hehe

pic of our madam...she is in front of me..(gomen ne..)
dlm getar2 tu sempat lg aku snap pic guna Hp...hehe

on the way balik..lalu dkt mutiara resort taman negara
sgt cantik resort ni..berunsur kemelayuan..bayaran penginapan kat sini haruslah mahal kan..standard foreigner je ryg mengnap kat sini...hehe..
kami bermimpi je la nak menginap kat sini..hehe


back to KL.......
pic diatas diambil menggunakan camera Hp sahaja..kualiti tidak terjamin..hehe

~end~


p/s : 1) pic di atas kredit kepada cik wan, cik wani.cik aina and cik aku..hehe
2)alhamdulillah program ni berjalan dgn lancar.....terima kasih semua...kalu ada yg terlebih
terkurang tu...harap diambil ikhtibar..hehe
3)dlm malaysia ni masih byk tempat yg menarik tuk dikunjungi...jom cuti2 malaysia...




Related Posts with Thumbnails