Itsme

Itsme

Tuesday, August 31, 2010

~Puding Roti Kukus Merdeka~

~salam~
salam kemerdekaan pada semua...diharap di hari kemerdakaan ni kita semua bahagia la hendaknya...apa yg korang buat sempena hari merdaka ni?..tak kisah la aktiviti apa yg dilakukan tapi semangat kemerdekaan tu mesti ada..ok!..hehe...
dikesempatan cuti sempena hari merdeka ni..aku dengan berbesar hatinya ingin memerdekakan perut aku yang dah lama mengidam puding roti...

kisahnya bermula disini...sedang aku,cik iza dan kak lela sibuk menyiapkan kerja research...tiba2 perut aku pun bermonolog.."sedap jugak kalu berbuka dengan puding roti hari ni...hehe"..sambil terbayang2 kesedapan puding roti tersebut...hehe...menurut sumber2 yang boleh dipercayai...puting roti ni senang ja nak buat..aku dan cik iza dengan gigihnya mengoogle resepi puding roti tersebut..
 google punya google..banyak jugak resepi yang kami temui..ada yg dikukus dan ada yg dibakar...kami decide buat yang kukus ja..nak buat yang bakar tapi tak ada microwave plak...setelah ditambah tolak bahagi dan darab semua resepi yg ditemui...kami pun menghasilkan resepi puding roti kukus kami yang tersendiri mengikut kehendak dan kesesuaian kami...


rupa bentuk sebelum dikukus


selepas dikukus..terdapat sedikit pengembangan dikesan..

Bahan-bahan
  • Roti 6-7 keping (kami guna Gardenia.)
  • Telur-2 biji
  • Gula- 4 sudu (boleh la di ubah mengikut kesukaan masing2..tp diingatkan kurangkan gula dalam makanan..tambahkan manis dalan senyuman..hehe)
  • Mentega- 1 sudu ( yg ni bukan syarat wajib..sebab ada resepi yg tak tambah mentega pun..kami saja2 nak tambah..hehe)
  • Asen Vanila-1 sudu
  • Tepung Jagung- 1 sudu ( ada resepi yg menggunakan tepung kastard..tp memandangkan di rumah cik iza ada tepung jagung ja..kami redhakan ja la..
  • Susu cair- 1/2 tin (boleh juga diubah suai menggunakan susu segar)
  • Kismis ataupun kurma sebagai hiasan
Cara membuatnya..
  • Roti dicarik dan disusun ke dalam loyang..susun roti rapat-rapat memenuhi ruang dan bolehla ditaburkan kismis atau potongan kurma diantara lapisan roti..
  • Adunkan gula dan mentega hingga sebati..
  • Masukkan telur dan kacau lagi sehingga sekata...
  • Masukkan asen vanila dan tepung jagung..
  • Akhir sekali masukkan susu cair dan kacau hingga sebati..
  • Tuang adunan di atas kedalam loyang berisi roti dan pastikan meresap ke seluruh bahagian roti..
  • kukus dalam 30 minit...siap..sejukkan dan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk..bila da sejuk..buka peti sejuk..keluarkan..dan makan..hehe

mudah bukan?..menurut kajian yang aku buat..5 daripada responden mengundi SEDAP termasuk aku..hehe..jadi terbukti la bahawa puding roti ini significant sedap..

P/S: puding roti di atas dibuat oleh rakyat biasa yang tidak ditauliahkan pangkat chef ternama..tetapi hanya pangkat pelajar undegraduate sahaja..sebarang kecederaan ataupun kerugian yang ditanggung semasa membuat puding roti di atas adalah di luar bidang kuasa kami..namun ditegaskan setakat ini..tiada saman mahupun aduan dilaporkan terhadap kami..kesimpulannya..Puding Roti Kukus Merdeka ini sedap dan selamat dimakan...

~end~

10 comments:

sweetsal said...

wow, pasti sedap dan terangkat puding roti ni..terasa teringin nak buat pulak..hehe

Suryadewa Bangsat said...

mantabssss enak nuih ... btw maaf br mmpir

Unknown said...

wau~tengok pun dah mcm sedap!yummy~~

TERBARU: Kasih kerana Tuhan

^aku^ said...

@sweet
sila la cuba..harap2 sedap..hehe

@iqbal
nampak mcm sedap jer tp tau tau lg bila rasa..hehe

Unknown said...

cam senang n nmpak enak jep.. leg d cube neh :)
tq

^aku^ said...

@misz
sila cuba...senang dan sedap..hehe

Pencacai Alim said...

mcm payah je buat..

^aku^ said...

@alim..
la tak buat lagi da kata payah..
cuba dulu baru tau..hehe

Pencacai Alim said...

tak brani nk ambil risiko..hakhakhak..

p/s:dh tgk katun sahabat?

Anonymous said...

ziarah d sini....dari Abu Luqman
http://www.kachipemas.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails