Itsme

Itsme

Tuesday, September 7, 2010

~Berbuka Puasa Di Atas Awan~


~salam~

selamat menyempurnakan ibadah puasa yang ke-28 untuk semua...sedar tak sedar kita da sampai ke penghujung Ramadhan...mesti da ramai yang balik kampung kan...selamat berbahagia bersama keluarga masing-masing..aku pun tak sabar jugak nak balik kampung ni..tapi takpa..tinggal malam ni je kelas pastu esok dah boleh balik...hontoni ureshii...(",)

bercerita mengenai perjalanan balik kampung aku kali ini agak berlainan dari yang sebelumnya...
selalunya aku akan balik ke Sabah dari Kuala Lumpur menggunakan penerbangan di waktu pagi..kesimpulannya aku akan  bersahur lewat di sini dan berbuka lebih awal di Sabah...
tapi kali ni flight petang la pulak....


apa yang menjadi keraguan aku disini...waktu berbuka nak ikut waktu Kuala Lumpur atau Sabah..tak pernah terfikir plak aku akan berbuka di atas awan ...hehe

seperti biasa..aku akan menggunakan encik google untuk merungkai keraguan aku...


MASALAH BERBUKA PUASA DI TEMPAT YANG TINGGI



Huraian Tajuk/Isu: 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah menerima pertanyaan berkenaan dengan masalah berbuka puasa di tempat yang tinggi.
Keputusan: 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah membincangkan permasalahan ini dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam dan mengambil keputusannya seperti berikut :
"Bahawa seseorang yang berpuasa itu apabila ia berbuka mestilah terbenamnya matahari. "
Keterangan/Hujah: 
Firman Allah :
Dari ayat ini jelaslah bahawa setiap orang yang berpuasa itu apabila ia berbuka mestilah yakin tenggelamnya matahari di tempat di mana ia berada samada di atas (dalam penerbangan atau lainnya) atau di bawah (di bumi).
Sumber Dari...
Kesimpulannya
~ waktu berbuka puasa adalah ketika jatuhnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan , iaitu waktunya tidak boleh mengikut negara yang kita bertolak daripadanya dan juga tidak boleh mengikut negara yang ditujukannya dan juga negara yang ia berada atasnya. Akan tetapi waktunya ialah ketika hilangnya matahari daripada penglihatan mata~

  sumber dari..

jelas bukan?..pasni tak yah nak pening2 pikir nak buka ikut waktu apa..hehe..dengan erti kata lain aku akan berbuka mengikut waktu di atas awan...



P/S:
  • Pada pendapat korang..agak-agak Airasia ada tak bagi kurma tak pun minuman percuma ka sempena bulan puasa ni.?...hehe..
  •  Doakan perjalanan aku pulang ke kampung lancar dan selamat..

~end~








4 comments:

suichi said...

ko makan jak kaki pilot tu kl dia nda bagi makanan...heheheh

^aku^ said...

@suichi
haha..x pa la..aku tahan lapar jak la..dkt jgk tawau suda..hehe

Haffiz Al-Banna said...

hahaha
mintak pilot tiu aprking jap makan
hehe

kisah London hanya di http://coretanperantau.blogspot.com

^aku^ said...

@Long haffiz
idea yang bernas..hehe
skali sekala best gak kalu makan kat food court di atas awan kan..hehe

Related Posts with Thumbnails